I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, November 28, 2012

Tanda-tanda kematian untuk orang Islam



Adapun tandaII kematian mengikut ulamak adalah benar dan wujud cuma amalan dan cardigan kita sahaja yang akan dapat membezakan kepekaan kita kepada tandaII ini. Rasulallah SAW diriwayatkan masih mampu memperlihat dan menceritakan kepada keluarga dan sahabat secara lansung akan kesukaran menghadapi sakaratulmaut dari awal hinggalah akhirnya hayat Baginda. Imam Ghazali rahimahullah diriwayatkan memperolehi tandaII ini sehinggakan beliau mampu menyediakan dirinya untuk menghadapi sakaratulmaut secara sendirian. Beliau menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk mandinya, wuduknya serta kafannya sekali cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah memanggil abangnya iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut. Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk mengkafankan bahagian mukanya. Adapun riwayat -riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya Allah SWT tidak pernah berlaku zalim kepada hambanya. Tanda-tanda yang diberikan adalah untuk menjadikan kita umat Islam supaya dapat bertaubat dan bersedia dalam perjalanan menghadap Allah SWT. Walaubagaimanapun semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang Islam sahaja manakala orang-orang kafir iaitu orang yang menyekutukan Allah nyawa mereka ini akan terus di rentap tanpa sebarang peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah SWT. 


Adapun tandaII ini terbahagi kepada beberapa keadaan: 


Tanda 100 hari sebelum hari mati.

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati. 


Tanda 40 hari sebelum hari mati.

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut.Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT.Maka malaikatmaut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikatmaut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.Adapun malaikatmaut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya. Tanda 7 hari Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.


Tanda 3 hari.

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri.Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam.Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.


Tanda 1 hari.

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.


Tanda akhir,

akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula. 


Kesimpulan :

Sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah SWT semoga kita adalah di antara orang-orang yang yang dipilih oleh Allah yang akan diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda-tanda mati ini semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan samada dari Allah SWT mahupun dari manusia sendiri dari segala dosa dan urusan hutang piutang kita.Walaubagaimanapun sesuai dengan sifat Allah SWT yang maha berkuasa lagi pemurah lagi maha mengasihani maka diriwatkan bahawa tarikh mati seseorang manusia itu masih boleh diubah dengan amalan doa iaitu samada doa dari kita sendiri ataupun doa dari orang lain. Namun ianya adalah ketentuan Allah SWT semata-mata. Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semuga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah SWT serta kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencari keredhaan Allah SWT samada di dunia mahupun akhirat. Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah SWT dan apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri. WALLAHUA`LAM

Dataran Pahlawan Melaka Megamall

How to get here?


Strategically located in the heart of historical Melaka, Dataran Pahlawan Melaka Megamall is situated at Melaka Raya Commercial area with its vibrant night-life atmosphere and the famous Jonker Street featuring rich collection of exotic antiques and diverse culture.


Within walking distance from Dataran Pahlawan Melaka Megamall is the diverse history of Melaka, seen through many famous historical monuments left by the various nations whom have tried their best to capture Melaka during zenith of its popularity as the pivot point of trade between the east and west. The rich history tapestry of Melaka during its past includes the famous A’Famosa Fort built by the Portuguese and St Paul’s Hill, The Stadhuys & Christ Church built by the Dutch. In addition to these historical sites, there is a replica of the Melaka Sultanate Palace, Proclamation of Independence Memorial, Coronation Park, and museums dedicated to a variety of subjects from beauty to maritime.






KLIK pada gambar untuk zoom :)

Wednesday, November 14, 2012

ERTI TAUFIQ DAN HIDAYAH.

Taufiq dan hidayah adalah mempunyai makna yang berbeza. Semua manusia yang menganut agama Islam adalah mendapat hidayah Allah SWT tetapi tidak semua dari kalangan mereka mendapat taufiq untuk mengerjakan amal soleh.

Seringkali kita berbicara soal taufiq dan hidayah kurniaan Allah SWT kepada manusia. Lancar bibir menitipkan doa ke hadrat Ilahi memohon agar selalu mendapat taufiq dan hidayah. Namun sedarkah kita apa maksud sebenar dua perkataan itu?
Pengertian Taufiq Dan Hidayah
Menyelami maksud sebenar antara kedua-dua perkataan adalah sewajarnya bagi seseorang bergelar muslim. Agar memanifestasikan makna sebenar kepada khalayak umum, lantas menyemai taufiq yang diharapkan.
Berdoa biarlah faham.
“Allahummahdini fiman hadait, wa’afini fiman ‘afait..” Doa seorang Imam dihadapan makmum dengan lafaz individu. Bukannya secara jamak (banyak/ramai). Bagaimana mungkin mengharapkan sesuatu dimakbulkan jika apa yang didoakan kita juga tidak mengerti maksudnya.
Begitu juga dengan pengertian taufiq dan hidayah.
Menurut kitab Jauharah Tauhid, pengertian taufiq ialah sesuatu yang diciptakan oleh Allah SWT yang mendorong seseorang itu untuk melakukan kebaikan jika perkara tersebut berada di dalam dirinya.
Taufiq tidak akan diberikan oleh Azza Wajalla melainkan hanya kepada mereka yang bersungguh-sungguh mengabdikan diri dengan rasa kehambaan demi mendekatkan diri kepadaNYA. Ianya berdalilkan ayat 69 surah al-Ankabut  mafhumnya “Dan orang-orang yang bersungguh-sungguh berusaha di dalam agama Kami, nescaya Kami akan beri petunjuk kepada  mereka akan jalan-jalan kami.”  
Secara ringkasnya ia memberi faham kepada kita bahawa dengan adanya taufiq, manusia akan cenderung untuk melakukan kebaikan terus menerus sehingga ke akhirnya. Amin.
Kita terus kepada makna hidayah pula. Taufiq dan hidayah adalah mempunyai makna yang berbeza. Apa yang dimaksudkan dengan makna hidayah ialah, Allah SWT telah memasukkan iman ke dalam seseorang. Ini bermakna, semua manusia yang menganut agama Islam adalah mendapat hidayah Allah SWT tetapi tidak semua dari kalangan mereka mendapat taufiq untuk mengerjakan amal soleh.
Marilah berdoa dengan kefahaman di hati mengekalkan hidayah dan disuntik rasa taufiq berpanjangan.

Tuesday, November 13, 2012

Tahniah! 38,549 Dapat Tawaran ke IPTA sesi 2012/2013


Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi Prof Datuk Dr Rujhan Mustafa berkata mereka dipilih daripada 52,430 calon yang layak daripada 63,467 permohonan, dan surat tawaran rasmi akan dihantar mulai Isnin ini.
Bilangan calon yang layak menurun 1.5 peratus disebabkan beberapa faktor iaitu jenis kursus yang dipilih, mempunyai merit rendah serta tidak menduduki Malaysia University English Test (MUET).
Rajhan berkata daripada 38,549 yang diterima itu, 25,372 atau 65.8 peratus adalah wanita, manakala dari segi aliran pula 57 peratus daripada aliran sains dan baki beraliran sastera.
Prestasi calon yang berjaya mengikut kaum pula menunjukkan bumiputera mencatat 70.2 peratus (27,455), Cina (86.4 peratus atau 8,986), India (72.8 peratus atau 1,384) dan daripada kaum lain 69.8 peratus.
Rajhan berkata 5,154 calon ditawar mengikuti lapan kursus kompetitif iaitu perubatan (875 orang), pergigian (170), farmasi (295), undang-undang (354), kejuruteraan kimia (666), kejuruteraan mekanikal (1,071), kejuruteraan elektrik dan elektronik (919), serta perakaunan 804 calon.
Untuk sesi akademik kali ini sebanyak 1,682 atlet negeri dan negara, 20 calon orang kurang upaya dan 22 daripada kelompok Orang Asli turut ditawar tempat ke IPTA, katanya.
Sementara itu, Rajhan berkata bermula tahun ini, semua IPTA berstatus universiti penyelidikan diberi autonomi mengenai pengurusan kemasukan pelajar ke institusi masing-masing iaitu Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Putra Malaysia dan Universiti Teknologi Malaysia.
Sehubungan itu, sebanyak 2,015 calon yang berjaya ke IPTA akan menerima dua surat tawaran sama ada dari USM yang juga berstatus Apex (Program Pemacuan Untuk Kecemerlangan) atau IPTA lain bertaraf universiti penyelidikan.
Calon terbabit menerima dua tawaran kerana mereka memohon secara serentak sama ada kepada USM atau universiti penyelidikan lain, katanya.
Rujhan berkata calon yang menerima surat tawaran perlu membuat pengesahan setuju terima tawaran dalam tempoh 10 hari atau sebelum 22 Julai.
Calon juga boleh menyemak status permohonan melalui laman web http://upu.mohe.gov.my, http://www.jpt.utm.my, http://jpt.uum.edu.my, https://jpt.unimas.my, http://jpt.ums.edu.my bermula hari ini, atau menghubungi talian hotline 03-8870 6767, Helpline 03-8870 6777, talian am 03-8870 6755/6766 atau menerusi Khidmat Pesanan Ringkas dengan menaip UPU RESULT (no KP) dan SMS ke 15888.
Mereka juga boleh datang ke Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi di Kementerian Pengajian Tinggi Presint 5 untuk membuat semakan mulai hari ini sehingga 20 Julai.
Calon yang gagal boleh mengemukakan rayuan dalam tempoh 10 hari selepas keputusan rasmi diumumkan melalui e-rayuan di laman sesawang http://upu.mohe.gov.my mulai hari ini dan berakhir 22 Julai.
Dr Rujhan berkata tarikh pendaftaran pelajar baharu ke IPTA ialah dari 1 sehingga 2 Sept.
Mengulas perkembangan lain, beliau berkata 683 calon yang mendapat Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.0 ke atas gagal mendapat tempat di IPTA.
“Seramai 105 mendapat PNGK 3.50 hingga 3.99 dan 163 calon lagi mendapat PNGK 3.00 hingga 3.49 tidak mendapat tawaran kerana tidak bersetuju menerima program di luar pilihan mereka.
“Seramai 87 calon yang mendapat PNGK 3.50 hingga 3.99 dan 328 calon menerima PNGK 3.00 hingga 3.49 pula gagal mendapat tempat kerana tidak memenuhi syarat am universiti atau syarat khas program pengajian yang dipilih,” katanya.
Katanya terdapat calon yang memperoleh PNGK tertinggi iaitu 3.96 juga gagal mendapat tempat kerana memohon mengikuti kursus perubatan di universiti penyelidikan yang mensyaratkan PNGK 4.0 untuk kursus perubatan serta tidak mahu menerima tawaran kursus yang sama di universiti lain. – Bernama
Maklumat Penting:
- Calon yang menerima surat tawaran perlu membuat pengesahan setuju menerima tawaran dalam tempoh 10 hari atau sebelum 22 Julai
- Calon yang gagal boleh mengemukakan rayuan dalam tempoh 10 hari selepas keputusan rasmi diumumkan melalui e-rayuan mulai hari ini dan berakhir 22 Julai
- Tarikh pendaftaran pelajar baharu ke IPTA ialah dari 1 sehingga 2 September

Sunday, October 14, 2012

kisah beloggg: YM Raja Shamri Raja Husin

kisah beloggg: YM Raja Shamri Raja Husin

YM Raja Shamri Raja Husin

Tetiba teringat pada ABANG RAJA - pesanan, tips, semangat dan lain-lain.

If anda mahu tahu perihal beliau. Search Raja Shamri (FB)

Actually kan, beliau banyak mengubah aku dalam aspek pemikiran dan perwatakan. Selalu teringat pesan beliau. n yang penting >> berjalan biarlah ke depan bukan ke belakang. haha

p/s : REALLY MISS HIM MUCH.

'MTHS : 29 September 2012. InsyaAllah - 10A+ 'amin

B L O G lama, ber O P E R A S I semula :D

Hey all. 

Entri lama-lama semua dah delete.
So now, kita mula cerita baru dengan perkongsian yang bermoral.

Okay.